Rancak menjalani khidmat tentera, anggota kumpulan TVXQ, Yunho bertuah apabila terpilih menyertai band kem dia ditempatkan.

Yunho diserap masuk dalam program itu pada 21 Julai lalu dan dijadualkan berkhidmat selama 21 bulan.

Pada Isnin lalu, SM Entertainment memaklumkan berita gembira itu sekali gus disambut riang peminat setia Yunho.

Menerusi band itu Yunho dijangka menjayakan sebuah persembahan besar.

Lebih menarik, baru beberapa minggu berkhidmat dia terpilih sebagai antara rekrut terbaik dalam acara meraikan rekrut baru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 12:01 PM