Anggota kumpulan Super Junior, Siwon dan TVXQ, Changmin sempat bertemu Leeteuk sebelum mendaftar masuk ke perkhidmatan wajib tentera, Khamis lalu.

Leetuk sempat berkongsi foto rakan seagensi di laman sosialnya dan juga meninggalkan sedikit pesanan buat mereka sebagai tanda sokongan.

“Siwon yang tenang dan Changmin yang risau. Semoga kamu berdua sihat! Berapa ramai yang kita hantar, saya akan muat naik foto kamu sikit demi sikit supaya peminat kamu tidak kesunyian,” tulisnya.

Dalam foto itu, menunjukkan Siwon kelihatan tenang tapi Changmin menoleh ke belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:10 AM