DEMI Lovato.
DEMI Lovato.
Agensi

Los Angeles: Banyak rahsia terungkap mengenai penyanyi Demi Lovato menerusi dokumentari mengenai dirinya berjudul Demi Lovato : Dancing With the Devil.

Selain cerita pengambilan dadah berlebihan pada 2018, dia turut menyingkap pengalaman menjadi mangsa rogol ketika berusia 15 tahun.

"Saya hilang dara akibat dirogol," katanya menerusi dokumentari yang ditayangkan di SXSW Film Festival.

Kejadian itu berlaku pada penghujung tahun 2000 ketika dia terbabit dengan penggambaran program untuk Disney Channel.

Dalam dokumentari yang akan ditayangkan di YouTube pada 23 Mac ini, Lovato mengakui dia dan lelaki terbabit sebenarnya saling menyukai antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ketika itu dia tegas mengatakan belum bersedia melakukan hubungan intim.

Pada waktu sama, dia juga mendapat tekanan untuk menjaga imejnya.

Lovato berkata, dia sering menekankan untuk menjaga kehormatan diri sehingga berkahwin.

Lovato turut mengakui tidak mempunyai pengalaman malam pertama yang romantis. Perkara ini semakin parah apabila dia sering bertemu dengan lelaki terbabit.

Lovato tidak mampu bertahan dan melaporkan kejadian itu kepada orang dewasa. Namun, dia kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Pengakuan Lovato ini seakan memberi petunjuk bahawa lelaki terbabit adalah seorang pelakon.

"Mereka tidak pernah menggugurkannya dari filem yang dia bintangi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 12:13 PM