Minda Anak Ranggong


Kuala Lumpur : Platform penstirman Media Prima Berhad, Tonton sekali lagi membawakan anugerah k-pop nombor satu dunia, MAMA Awards 2023 yang berlangsung hari ini dan esok.

Acara yang bersiaran langsung dari Tokyo Dome, Jepun itu bermula jam 3 petang dengan acara karpet merah, diikuti acara anugerah pada jam 5 petang untuk kedua-dua hari itu.

Acara gilang-gemilang ini masih mengekalkan dua selebriti popular Korea Selatan sebagai pengacara iaitu Jeon Somi mengacara pada hari pertama, manakala hari kedua diacarakan oleh Park Bo Gum.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan daripada &TEAM, Dynamic Duo, ENHYPEN, INI, JO1, JUST B, Kep1er, Lee Young Ji, Street Woman Fighter 2, TOMORROW X TOGETHER, TVXQ, Xikers, Yoshiki, ATEEZ, BOYNEXTDOOR, EL7Z UP, (G)I-DLE, LE SSERAFIM, Monika, NiziU, RIIZE, SEVENTEEN, TREASURE dan ZEROBASEONE.

Barisan penyampai anugerah pula terdiri daripada bintang popular Korea Selatan seperti Ko Min-si, Kim So-hyun, Roh Yoon-seo, Ralral, Ryu Seung-ryong, Park Gyu-young, Park Eun-bin, Byeon Woo-seok, Aoki Munetaka, Ahn Jae-hong, Uhm Jung-hwa, Yoo Yeon-seok, Yun Sung-bin, Lee Jun-hyuk, Lee Jun-ho, Lee Je-hoon, Jung Kyung-ho, Jung Chan-sung, Joo Hyun-young, Cha Seung-won, Choi Soo-young dan Hwang Min-hyun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2023 @ 7:44 AM