KISAH Baim Wong dan Kakek Suhud pernah cetus sensasi.
KISAH Baim Wong dan Kakek Suhud pernah cetus sensasi.
Agensi

Jakarta: Pelakon Baim Wong masih menjadi sebutan hangat pada kalangan segelintir netizen di media sosial berikutan masalah yang pernah berlaku di antaranya dengan individu dikenali Kakek Suhud sebelum ini.

Biarpun perkara terjadi sudah dapat diselesaikan mereka, namun masih ramai yang memandang negatif terhadap Baim yang dianggap suka menjual kisah sedih demi kandungan untuk saluran YouTube.

Baim menerusi saluran YouTube Prestige Production tampil melahirkan rasa dukanya yang kecewa dengan tuduhan dilemparkan itu.

"Saya agak kesal kerana mereka tidak merasai apa yang saya rasa. Banyak usaha yang saya lakukan untuk membantu mereka yang susah selama ini.

"Kalau saya menceritakan apa yang sudah dilakukan, saya rasa kalah. Saya tidak mahu  membicarakannya dan biarlah itu jadi rahsia dengan Tuhan saja dan tidak penting untuk orang-orang tahu," katanya.

Menurutnya, selama ini apa yang dilakukannya adalah perkara positif dan baik untuk dicontohi oleh orang lain.

Baim bagaimanapun enggan menjelaskan dari mana dia memperoleh wang yang banyak itu dan hanya memberitahu sebahagian besar adalah dana peribadinya sendiri tanpa ada tajaan. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 1:51 PM