BAIM Wong. FOTO bintang.com
BAIM Wong. FOTO bintang.com
Agensi

JAKARTA: Kini ramai bergelar Youtuber dan sudah bergelar jutawan kerana mampu meraih pendapatan tinggi menerusi Youtube.

Di Indonesia ramai yang mencuba nasib menjadi Youtubers dan mampu meraih jutaan penonton.

Bukan hanya meraih jutaan pelanggan untuk saluran sendiri di YouTube, malah penghasilan video menarik menjadikan ia satu daripada punca rezeki tambahan.

Kompas melaporkan berdasarkan Social Blade, Baim Wong dan isterinya Paula Verhoeven mampu meraih AS$59,300 (RM253,448) hingga AS$949,100 (RM4.05 juta) sebulan.

Pendapatan bulanan Baim mengatasi jumlah personaliti Youtube lain seperti Atta Halilintar dan Ria Ricis.

Berikut adalah anggaran senarai pendapatan 10 Youtubers terkenal Indonesia.

1. Baim Wong (pelakon) dan isteri, Paula Verhoeven (Baim Paula)

• Jumlah pengikut: 14.4 juta.

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$59,300 hingga A$949,100 (RM253,448 hingga RM4.05 juta).

2. Raffi Ahmad - (pelakon, penyanyi) dan isteri, Nagita Slavina (Rans Entertainment)

• Jumlah pengikut: 16.3 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$48,500 hingga AS$776,200 (RM207,289 hingga RM3.3 juta).

RAFFI bersama keluarga.
RAFFI bersama keluarga.

3. Deddy Corbuzier - Ahli silap mata, mentalist

• Jumlah pengikut: 10.1 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$34,600 hingga AS$553,500 (RM147,880 hingga RM2.3 juta)

4. Andre Taulany (Taulany TV) - Pelakon, pelawak dan penyanyi

• Jumlah pengikut: 3.58 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$30,600 hingga AS$489,500 (RM130,784 hingga RM2 juta).

5. Atta Halilintar - Youtuber

• Jumlah pengikut: 23.8 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$27,500 hingga AS$439,800 (RM117,535 hingga RM1.8 juta).

6. Ria Ricis (Ricis Official) - Youtuber

• Jumlah pengikut: 21.1 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$24,800 hingga AS$396,500 (RM105,995 hingga RM1.6 juta).

7. Gen Halilintar - Keluarga berdarah Minangkabau

• Jumlah pengikut: 16.4 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$22,100 hingga AS$354,000 (RM94,455 hingga RM1.5 juta).

8. Arif Muhammad- Penulis

• Jumlah pengikut: 9.95 juta

• Anggaran pendapatan bulanan: AS$21,500 hingga AS$344,500 (RM91,891 hingga RM1.4 juta).

9. Entis Sutisna dan Sule (Sule Channel) - Pelakon dan pelawak

• Jumlah pengikut: 4.81 juta

• Pendapatan bulanan: AS$16,000 hingga AS$255,600 (RM64,384 hingga RM1 juta).

10. Anang dan Ashanty (The Hermansyah A6) - Penyanyi

• Jumlah pengikut: 3.44 juta

• Pendapatan bulanan: AS$14,900 hingga AS$238,900 (RM63,682 hingga RM1 juta).

ANANG dan Ashanty.
ANANG dan Ashanty.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2020 @ 7:30 AM