BAIM dan isteri bakal timang cahaya mata kedua. FOTO AGENSI
BAIM dan isteri bakal timang cahaya mata kedua. FOTO AGENSI
 Agensi

 

Jakarta: Pelakon Indonesia yang pernah mencipta nama di Malaysia, Baim Wong berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Paula Verhoeven yang kini sedang hamil anak kedua mereka. 

Berita itu dikongsikan Baim menerusi saluran YouTube, ketika berkolaborasi dengan Sensasi YouTube, Mak Beti baru-baru ini. 

Dalam video itu, pelakon itu memaklumkan usia kandungan isterinya sudah mencecah dua bulan selepas ditanya oleh Mak Beti mengenai jantina bayi mereka. 

"Belum tahu (jantina). Baru sebulan dua bulan," katanya. 

Pengumuman itu menerima reaksi positif daripada peminat pasangan itu yang terus menerus mengucapkan ucapan tahniah di pelbagai platform media sosial. 

Baim dan Paula berkahwin pda 22 November 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini mencecah usia satu tahun.  

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 12:50 PM