BAIM Wong. FOTO ihsan IG
BAIM Wong. FOTO ihsan IG
Agensi

DISEBALIK kesibukan pelakon yang kini YouTuber terkenal Indonesia, Baim Wong, 39, membantu golongan masyarakat memerlukan, impian isterinya tetap tidak dilupakan.

Baim, dilapor sudah menemui kediaman mewah baharu seperti diimpikan isterinya, Paula Verhoevenn, 33, untuk mereka sekeluarga dan terjamin keselamatannya.

Menerusi perkongsian di platform YouTube, Baim berkongsi cerita kunjungannya di kediaman indah yang terletak di Jakarta itu mengakui tertarik dengan rekaan dan beberapa dekorasi sedia ada.

"Mudah-mudahan, jadilah untuk rumah yang ini. Sudah kali kedua mencari dan ia sangat cantik," katanya.

Kediaman mewah dua tingkat itu disukai Baim kerana mempunyai banyak tingkap yang memudahkan peredaran udara dan cahaya masuk ke dalam rumah.

BAIM, Paula dan anak, Kiano Tiger. FOTO ihsan IG
BAIM, Paula dan anak, Kiano Tiger. FOTO ihsan IG

Malah, secara keseluruhannya kediaman itu wajar dimiliki Baim, Paula dan anak mereka, Kiano Tiger yang berusia lima bulan kerana memiiki ruang bilik utama yang luas.

Tidak terkecuali, dilengkapkan dengan rekaan dapur moden, keluasan tanah yang luas dan ruang letak kereta.

Sementara itu, meskipun gembira sudah bertemu rumah idaman untuk keluarganya, Baim turut berkongsi khabar sedih apabila dia kehilangan rakan baik dikenali, Budi, yang meninggal dunia, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Baim mengaku begitu terasa kehilangan dengan kematian Budi yang selama ini sangat menyokong segala aktiviti kemasyarakatan dilakukannya di YouTube.

Ujar pelakon sinetron Benci Bilang Cinta itu, dia bersama Allahyarham Budi juga sempat berbalas mesej di WhatsApp sebelum mendapat tahu sahabatnya sudah meninggal dunia.

BAIM dan arwah sahabat baik, Budi
BAIM dan arwah sahabat baik, Budi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 9:15 AM