NIKITA MIRZANI
NIKITA MIRZANI
Agensi

SELEPAS dikecam teruk netizen Indonesia yang mendakwa dia menyindir YouTuber yang juga selebriti popular, Baim Wong di media sosial, akhirnya pelakon Nikita Mirzani bersuara.

  Nikita, 34, yang ditemui pemberita di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, semalam, menafikan penyataan dibuatnya di Instagram baru-baru ini ditujukan kepada Baim.

   "Itu hanya tanggapan kalian sahaja. Siapa yang berantem (bergaduh) dengan dia (Baim),"  katanya ringkas.

   Menurut Nikita, dia sama sekali tidak menyebut nama sesiapa atau individu tertentu yang cuba dikaitkan dengan penyataan dibuatnya itu.

   "Saya hanya menyebutkan namanya setan. Kalau ada yang merasa, bermakna dia setan," katanya lagi.

BAIM WONG
BAIM WONG

   Behubung penyataan Nikita itu, Baim dikatakan terpaksa membuat penjelasan bahawa dia bukan individu yang dimaksudkan pelakon filem Comic 8 berkenaan dalam sindirannya.

   Ujar Nikita lagi, Baim sepatutnya tidak perlu membuat sebarang penjelasan berhubung perkara itu jika dia tidak terasa apa-apa.

   Sehubungan itu, menerusi perkongsian penyataan Nikita, netizen pada kalangan peminat tegar Baim bertindak menyerang ibu tunggal tiga anak terbabit dengan pelbagai kecaman dan kritikan di media sosialnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 10:43 AM