BAIM dan Paula bersama anak sulung mereka, Kiano.
BAIM dan Paula bersama anak sulung mereka, Kiano.
Agensi

PASANGAN selebriti terkenal Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda kepada anak sulung mereka, Kiano Tiger Wong sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama, Ahad lalu.

Baim berkata, hadiah itu lebih kepada simbol untuk hari jadi Kiano dan dia turut menyukai kereta itu.

"Apapun kereta itu nanti saya dan Paula juga yang akan menggunakannya," katanya tanpa mendedahkan kereta pacuan empat roda model apa yang dibelinya itu.

Baim berkata, kereta itu diidamkan sejak dulu dan kini baharu dia dapat membelinya.

Menurut Baim, anaknya itu juga sukakan permainan berbentuk kereta dan pastinya gembira dapat melihat kereta sebenar itu depan mata.

Selain kereta, Baim turut menghadiahkan anaknya mainan dan permainan yang menguji minda.

"Kami juga memberi hadiah lain yang dia boleh main serta untuk pembelajarannya," katanya.

KIANO dalam kereta pacuan empat roda yang dihadiahkan Baim dan isteri.
KIANO dalam kereta pacuan empat roda yang dihadiahkan Baim dan isteri.

BAIM bersama isteri, Paula.
BAIM bersama isteri, Paula.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2020 @ 9:28 AM