Keluarga bahagia Baim, Paula dan anak sulung mereka, Kiano.
Keluarga bahagia Baim, Paula dan anak sulung mereka, Kiano.
Agensi 

Jakarta: Pelakon Paula Verhoeven, 33, yang juga isteri Baim Wong, 40, diduga sekali lagi apabila dijangkiti demam denggi berdarah pula baru-baru ini.

Meskipun beransur pulih, Baim meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan isteri tercintanya itu berikutan Paula kini sarat hamil.

"Kesayangan saya sudah sembuh. Mohon doanya untuk kesihatan Paula sama bayinya. Selepas membaca kapsyen ini, ambil kesempatan untuk baca Al-Fatihah ya.

"Doa itu didengar Allah. Semakin banyak yang mendoakan, insyallah doanya terkabul," katanya.

Terdahulu, Paula mencetuskan teka-teki apabila dia berkongsi dirinya berada dalam wad di hospital. Manakala, Baim dan anak mereka, Kiano turut serta menjaganya.

Sebelum ini, pelakon terbabit turut mencetuskan kerisauan selepas disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu. Dia terpaksa menjalani kuarantin kendiri sejurus itu.

Pada bulan sama, pasangan terbabit turut mengumumkan mereka bakal menimang anak kedua selepas Paula disahkan hamil. 

Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahayamata, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 11:49 AM