Penduduk Palembang, Indonesia, memakai penutup hidung.
Penduduk Palembang, Indonesia, memakai penutup hidung.
Pesawat AirAsia berlepas dalam keadaan landasan diselubungi jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand, hari ini. - Foto Reuters
Pesawat AirAsia berlepas dalam keadaan landasan diselubungi jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand, hari ini. - Foto Reuters

Jakarta: Gabenor Sumatera Selatan Alex Noerdin memohon maaf dengan tragedi jerebu yang menyelubungi separuh Asia Tenggara diakibatkan kebakaran hutan di wilayah itu yang menjejaskan kehidupan, kesihatan serta ekonomi negara jiran.

“Sebagai gabenor (saya) paling bertanggungjawab (terhadap jerebu) di Sumatera Selatan,” katanya di Palembang hari ini.

Menurut Detik.com, Alex juga memohin maaf kepada kerajaan negara jiran, Malaysia dan Singapura, yang jerebu memaksa sekolah ditutup selama beberapa hari.

“Kami memohon berbanyak maaf. Bukan niat kami menghantar asap ke kawasan lain tetapi angin membawanya ke utara.

“Kini biarlah kita semua menumpukan kepada usaha memadam kebakaran dan mengatasi masalah jerebu di kawasan kita,” katanya.

Sumatera Selatan adalah kawasan paling teruk terjejas dengan asap dan jerebu yang mengehadkan jarak pandangan kepada tidak sampai 200 meter sekarang manakala Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Palembang ialah 527 pada jam 9 pagi tadi, menurun berbanding 1,585 pada 24 September.

Keadaan buruk di Sumatera Selatan yang diisytiharkan darurat bersama Riau, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, memuncak apabila bayi bernama Husien Saputra yang berusia 28 hari meninggal dunia Rabu lalu, akibat masalah pernafasan dipercayai akibat jerebu dan asap.

Indonesia mengerah 22,000 tentera, polis dan anggota bomba untuk memadam kebakaran hutan itu dan dijangka menambah 6,000 lagi anggota.

Negara itu juga akhirnya bersetuju menerima bantuan negara asing daripada Malaysia, Singapura, Russia, Jepun, Australia dan China bagi memadamkan kebakaran. - JakartaGlobe

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 5:56 PM