GAMBAR yang dirakam dari helikopter semalam menunjukkan kebakaran hutan di Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.
GAMBAR yang dirakam dari helikopter semalam menunjukkan kebakaran hutan di Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.

Timika (Indonesia): Beberapa penerbangan di lapangan terbang di Timika, Papua dibatalkan semalam kerana jerebu tebal menyebabkan jarak penglihatan merosot ke paras sekitar satu kilometer.

Jurucakap stesen meteo-
rologi Timika, Dwi Christanto berkata, cuaca sejuk di wilayah itu menyebabkan asap statik.

“Cuaca di Timika akan bertambah baik sekiranya jumlah titik panas di wilayah Merauke berkurangan dan usaha memadamkan kebakaran ditingkatkan,” katanya.

Sejak 15 Oktober lalu, pesawat yang lebih besar termasuk dari Garuda Indonesia, Sriwijaya Air dan Airfast Indonesia tidak boleh mendarat di lapangan terbang Timika.

Kelmarin, 257 titik panas dikesan satelit di Papua dan Maluku, bertambah 229 titik panas berbanding hari sebelumnya.

Jumlah titik panas di Sumatera Selatan juga meningkat kepada 530 titik semalam, yang tersebar di 16 wilayah dan bandar.

Sumatera Selatan adalah kawasan tumpuan operasi memadam kebakaran oleh pasukan antarabangsa yang diminta oleh Presiden Joko Widodo.

Dua hari lalu, hanya 163 titik panas dikesan di wilayah berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 7:05 AM