Anggota bomba yang menyertai usaha mengawal kebakaran di Ogan Ilir, Sumatera Selatan, semalam. - Foto AP
Anggota bomba yang menyertai usaha mengawal kebakaran di Ogan Ilir, Sumatera Selatan, semalam. - Foto AP
Anggota tentera simpanan Indonesia menaiki pesawat pagi tadi  untuk dihantar ke Riau dan Kalimantan bagi membantu memadam kebakaran hutan. - Foto REUTERS/ANTARA
Anggota tentera simpanan Indonesia menaiki pesawat pagi tadi untuk dihantar ke Riau dan Kalimantan bagi membantu memadam kebakaran hutan. - Foto REUTERS/ANTARA
Penduduk Pekanbaru di Riau mengadakan solat hajat ketika wilayah itu diancam jerebu dan asap tebal akibat kebakaran hutan. - Foto AFP
Penduduk Pekanbaru di Riau mengadakan solat hajat ketika wilayah itu diancam jerebu dan asap tebal akibat kebakaran hutan. - Foto AFP
Jalan raya  di Riau diselimuti jerebu tebal tengah hari tadi. - Foto Detik.com
Jalan raya di Riau diselimuti jerebu tebal tengah hari tadi. - Foto Detik.com
Keadaan jerebu di Riau ketika orang ramai keluar ke tempat kerja pagi tadi. - Foto Detik.com
Keadaan jerebu di Riau ketika orang ramai keluar ke tempat kerja pagi tadi. - Foto Detik.com
Jarak penglihatan di Bagansiapiapi, Rokan Hilir, Riau, pada pagi tadi hanya 50 meter.  - Foto ANTARA
Jarak penglihatan di Bagansiapiapi, Rokan Hilir, Riau, pada pagi tadi hanya 50 meter. - Foto ANTARA

Jakarta: Indonesia menggerakkan 1,600 lagi anggota tentera bagi membendung kebakaran hutan dan ladang yang menyebabkan jerebu teruk Sumatera dan Asia Tenggara, terutama di Malaysia dan Singapura.

AFP melaporkan, Presiden Joko Widodo mengarahkan anggota tentera dikerah ke Riau dan Sumatera Selatan selepas mengisytharkan darurat semalam, bagi membantu mengawal kebakaran menyerta 1,000 tentera yang sudah digerakkan minggu lalu.

Selepas mengumumkan kerahan tentera tambahan itu lewat malam tadi, Joko berkata beliau juga mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebabkan kebakaran itu.

“Saya mahu tegaskan tindakan undang-undang yang keras akan dikenakan,” katanya yang ketika ini berada di Asia Barat.

Kira-kira 100 orang dan 15 syarikat sedang disiasat berkaitan kebakaran hutan itu.

Ribuan orang di Pulau Sumatera dan Kalimantan sakit akibat asap dan jerebu manakala banyak penerbangan, termasuk di Malaysia, terjejas sama ada dilencongkan atau dibatalkan berikutan jarak penglihatan yang pendek.

Menurut detik.com, Pengarah Pusat Data Maklumat Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, memberitahu pantauan Satelit Terra dan Aqua semalam menunjukkan ada 1,143 titik panas di Sumatera iaitu 13 di Bengkulu, Jambi (234), Lampung (69), Riau (78), Sumbar (25), dan Sumsel (724).

Menurutnya, di Kalimantan ada 266 titik panas iaitu 26 di Kalbar, Kalsel (74), Kalteng (164) dan Kaltim (2).

Beliau berkata, jarak pandangan juga terjejas dengan purata antara 50 hingga 800 meter di Sumatera Selatan, Jambi dan Riau.

“Jarak pandangan di Pekanbaru ialah 200 meter, Rengat (70 meter), Dumai dan Pelalawan (50 meter), Jambi (700 meter) dna Palembang 800 meter," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 6:17 PM