FOTO ihsan Pembaca
FOTO ihsan Pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Seorang pekerja kilang maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Sabri Ali, 37, menunggang motosikal dan dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bayan Lepas.

Sumber berkata, motosikal mangsa kemudian bertembung motosikal yang ditunggang dua remaja.

"Mangsa maut di lokasi kerana kecederaan di kepala dan badan, manakala dua remaja terbabit cedera parah.

"Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 12:55 PM