Intan Suraya (gambar kecil) ditemui mati dalam bilik rumahnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, 7.30 malam tadi. FOTO Mikail Ong
Intan Suraya (gambar kecil) ditemui mati dalam bilik rumahnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, 7.30 malam tadi. FOTO Mikail Ong
Oleh Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Pelajar perempuan tingkatan lima ditemui mati dalam bilik tidurnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat remaja itu, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui bapanya pada 7.30 malam tadi.

Katanya, sebelum itu bapa mangsa yang pulang dari kerja memanggil anaknya yang berada dalam bilik.

"Bagaimanapun, dia pelik apabila panggilan tidak disahut sebelum membuka pintu bilik, namun terkejut melihat tubuh anaknya sudah kaku.

"Bapa mangsa turut melihat ada kesan kelar di leher anaknya dan keadaan dalam bilik agak berselerak," katanya.

Sehingga kini, polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 12:21 AM