SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau untuk direman pagi tadi. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau untuk direman pagi tadi. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Oleh Hadzlihady Hasaan


Balik Pulau: Suspek kes bunuh pelajar perempuan tingkatan lima di rumah mangsa di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lelaki berusia 20 tahun itu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah di Bayan Lepas, di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan lelaki lain.

"Semakan rekod juga mendapati suspek pernah ditahan kerana menghisap dadah dua bulan lalu

"Setakat ini, kita masih menuggu laporan bedah siasat," katanya.

Berita berkaitan

Suspek bunuh pelajar ditahan

: http://hmtro.com/1OQ50m9

Ada kesan kelar di leher: http://hmtro.com/1MMM0yP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 10:47 AM