MAYAT lelaki yang ditemui. FOTO ihsan Polis
MAYAT lelaki yang ditemui. FOTO ihsan Polis
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Mayat lelaki warga emas ditemui sudah berulat dan berbau di kawasan perumahan setinggan Bayan Baru, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, mayat ditemui kira-kira 11 pagi oleh beberapa penduduk kawasan setinggan terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa dikenali sebagai Lim Bok Chiew, 66, dan berdasarkan keadaan mayat, lelaki terbabit mungkin sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu.

"Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 3:28 PM