ANUAR (kanan) menunjukkan rangka motosikal  yang dicuri. FOTO Mikail Ong
ANUAR (kanan) menunjukkan rangka motosikal yang dicuri. FOTO Mikail Ong
Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Polis tahan empat ahli Geng Arip Paya yang aktif mencuri motosikal di Teluk Kumbar, Isnin lalu.

Dalam serbuan 4.15 pagi itu sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) menyerbu stor di Sungai Batu, Teluk Kumbar.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Anuar Omar berkata, dalam pemeriksaan itu lelaki berusia 21 tahun ditahan ketika sedang meleraikan komponen motosikal yang disyaki baru dicuri.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menahan tiga lagi lelaki berusia 17 hingga 20 tahun di Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Katanya, modus operandi kesemua empat suspek adalah mencuri, melerai dan menjual komponen motosikal untuk mendapatkan wang.

"Hasil siasatan lanjut, mereka mengaku mencuri tujuh motosikal di Teluk Kumbar, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Balik Pulau sejak dua tahun lalu.

"Selepas mencuri mereka kemudian menjual barang-barang yang dileraikan secara runcit dengan harga antara RM500 hingga RM800.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan iaitu curi motosikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 2:00 PM