Oleh Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan berjaya merampas pelbagai program perisian palsu dan komputer bernilai hampir RM1 Juta dalam serbuan di sebuah premis rekaan dalaman di Bangsar, 28 April lalu.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Muez Abd Aziz berkata, serbuan dilakukan sepasukan penguatkuasa KPDNKK bersama wakil "The Software Alliance" kira-kira 4 petang selepas risikan selama seminggu.

Menurutnya, ketika serbuan pihak KPDNKK berjaya merampas 97 perisian palsu dan lima set komputer yang digunakan oleh syarikat hiasan dalaman terbabit.

"Antara salinan langgaran yang disyaki palsu adalah 41 perisian Microsoft, 43 perisian Autodesk dan 23 perisian Adobe," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 yang membawa hukuman denda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 1:42 PM