Abd Wahid Ahmad (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan set komputer yang dirampas pada sidang media di pejabat KPDNKK Cawangan Kluang. FOTO Adnan Ibrahim
Abd Wahid Ahmad (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan set komputer yang dirampas pada sidang media di pejabat KPDNKK Cawangan Kluang. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim


Kluang: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kluang menyerbu dua syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian di sini kerana menggunakan perisian cetak rompak minggu lalu.

Ketua Cawangan KPDNKK Kluang, Abd Wahid Ahmad berkata, operasi dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Februari itu dilakukan selepas mendapat maklumat daripada pengadu yang juga pemilik perisian terbabit.

Katanya, lima anggota penguat kuasa ditugaskan menjalankan siasatan ke atas sebuah syarikat kejuruteraan dan sebuah syarikat reka bentuk yang turut menyaksikan tiga komputer dirampas.

“€œPemeriksaan mendapati dua komputer yang digunakan oleh syarikat kejuruteraaan perisian Solidworks, dua Autodesk dan satu Adobe cetak rompak yang harga pasaran sebenar bernilai RM166,000.

“€œManakala syarikat reka bentuk didapati menggunakan dua perisian Autodesk dan satu Adobe cetak rompak dengan harga pasaran sebenar RM41,000,”katanya dalam sidang media di pejabat KPDNKK Cawangan Kluang di sini, hari ini.

Abd Wahid berkata, kedua-dua syarikat berkenaan didapati menggunakan perisian cetak rompak untuk menjalankan perniagaan dan kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987.

“€œKes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 bagi setiap perisian cetak rompak atau penjara tidak lebih Lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 4:21 PM