Anggota kumpulan 2AM, Jinwoon secara rasmi menandatangani kontrak eksklusif bersama Mystic Entertainment milik Yoon Jong Shin.

Wakil Mystic Entertainment berkata, kontrak itu secara rasmi ditandatangani selepas perbincangan dengan Jinwoon selama hampir sebulan.

“Persetujuan itu hadir secara rela dan pada 21 April lalu, Jinwoon menjadi sebahagian daripada keluarga kami,” kata wakil itu.

Bulan lalu, khabar angin mula bertebaran mengenai penghijrahan Jinwoon ke Mystic Entertainment selepas selebriti itu tamat kontrak bersama JYP Entertainment.

Oleh kerana proses rundingan masih berjalan, kedua-dua pihak mengambil sikap mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan.

Susulan keputusan Jinwoon berhijrah ke Mystic Entertainment, nampaknya semua ahli 2AM akan bergerak ke depan dengan agensi berbeza yang mewakili mereka.

Jokwon kekal untuk terus bersama JYP Entertainment, manakala Seulong pula mengikat kontrak bersama SidusHQ. Kontrak Changmin pula masih lagi sah bersama JYP Entertainment sehingga Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 5:07 AM