Madrid: Polis menahan empat suspek pelampau Islam di wilayah Ceuta yang bersempadan dengan Maghribi untuk disiasat jika mereka merancang sebarang serangan di Sepanyol.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan, suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan di sekitar wilayah berkenaan awal pagi semalam.

Kenyataan kerajaan berkata, suspek dipercayai anggota kumpulan kecil dan mampu melakukan serangan di dalam Sepanyol.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada tangkapan semalam mempunyai kaitan dengan siasatan berterusan pihak berkuasa terhadap serangan ganas di Paris serta cubaan serangan di Belgium sebelum ini.

Polis sudah menangkap kira-kira 50 yang suspek yang didakwa menyertai jihad sepanjang tahun lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 7:49 AM