REMAJA maut selepar keluar dari kolam renang. GAMBAR hiasan.
REMAJA maut selepar keluar dari kolam renang. GAMBAR hiasan.
AFP

MADRID: Seorang peladang berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok haba di Sepanyol, kata pihak berkuasa tempatan sebagai kematian pertama berkait dengan gelombang panas di Sepanyol dan sebahagian besar Eropah.

Pemuda itu tiba-tiba merasa pening dan kemudian berenang di kolam renang tetapi mengalami sawan dan pengsan selepas keluar dari kolam renang, kata kerajaan serantau Andalusia di selatan Sepanyol.

Dia dikejarkan ke wad kecemasan di Cordoba dan disahkan "mati selepas mengalami urutan jantung", katanya dalam satu kenyataan.

Sepanyol sedang mengalami suhu panas 40 darjah Celcius dan dijangka berlangsung sehingga esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 5:16 PM