ANTARA pendatang yang diselamatkan.
ANTARA pendatang yang diselamatkan.
AFP

MADRID: Polis Sepanyol menemui satu mayat dipercayai daripada sebuah bot di perairan selatan hari ini, menjadikannya sebagai mayat pendatang kelapan yang lemas di laut dalam tempoh 24 jam sebelum sempat masuk ke negara itu.

Menurut jurucakap pasukan polis Guardia Civil Sepanyol, polis memindahkan 30 pendatang lelaki dan 17 wanita ke pelabuhan Motril selepas menemui kapal di Mediterranean barat di pinggir perairan wilayah selatan Andalusia.

Menurut sumber tentera Maghribi, kapal pengawal pantai Maghribi sebelum ini menemui tujuh mayat dan menyelamatkan 70 pendatang di Alboran Sea di Mediterranean barat.

Mereka yang terselamat, termasuk 10 wanita dan bayi dalam keadaan lemah dan daif sebelum dibawa ke pusat perubatan di Nador di utara Maghribi, kata sumber itu.

Menurut NGO Sepanyol, Caminando Fronteras, kapal terbabit membawa kira-kira 100 pendatang dalam perjalanan ke Sepanyol, menyaksikan 24 orang masih hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 10:06 PM