AAMIR Khan
AAMIR Khan
SHAH Rukh  Khan
SHAH Rukh Khan
AISHWARYA Rai
AISHWARYA Rai
KATRINA Kaif
KATRINA Kaif

Daripada ramalan yang dibuat ahli nujum atau pakar tilik nasib terkenal di India, Bhavikk Sangghvi, nama artis hebat seperti Aamir Khan, Salman Khan, Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Ranbir Kapoor, Deepika Padukone, Katrina Kaif, Vidya Balan, Amitabh Bachchan, Aishwarya Rai, Ajay Devgan, Saif Ali Khan, Akshay Kumar, Priyanka Chopra, Kareena Kapoor, Ranveer Singh, Abhishek Bachchan, Shahid Kapoor dan Bipasha Basu diramalkan akan terus 'berkuasa' dan berpengaruh di Bollywood.

* Aamir Khan

Aktor yang dilahirkan pada 14 Mac 1965 ini dikatakan lelaki yang mementingkan kesempurnaan dan nombor bertuahnya adalah 5, 3 dan 2.

Selepas mencipta sejarah menerusi filem PK arahan Rajkumar Hirani, Aamir diramalkan akan terus cemerlang pada tahun depan.

Meskipun ketika ini dia belum ada filem baru, namun dia akan terus meraih perhatian peminat di seluruh dunia menerusi penampilannya di televisyen dan kemunculannya dalam pelbagai acara lain.

* Salman Khan

Nombor bertuah Salman dikatakan 9, 8 dan 6. Kedua-dua filemnya, Bajrangi Bhaijaan in Eid dan Orem Ratan Dhan Payo yang dilancarkan pada sambutan Deepavali lalu berjaya menjadi filem 'blockbusters'.

Mengenai jodohnya pula, meskipun dia dikaitkan dengan ramai pelakon jelita, tetapi menurut ramalan pada tahun depan, dia akan kekal solo.

* Shah Rukh Khan

Aktor gred A ini yang dilahirkan pada 2 November 1965 di mana tindakannya banyak dipengaruhi nombor 2, 7 dan 9.

Mengekalkan kecemerlangannya saban tahun, 2015 terus memahatkan namanya sebagai 'King Khan' yang sukar digugat sesiapa saja.

Filem terbaru terbitan dan lakonannya, Happy New Year laris di seluruh dunia dan pasukan kriket miliknya, Kolkata Knight Riders juga diramalkan akan mencapai kejayaan pada 2015.

* Deepika Padukone

Memiliki nombor bertuah 5, 8 dan 3, Deepika yang dilahirkan pada 5 Januari 1986 ini sememangnya aktres yang menjadi rebutan produser dan pengarah filem Bollywood.

Selepas filem Happy New Year berjaya mengaut kutipan 'box office' di seluruh dunia, tiga lagi filem baru lakonannya diramalkan bakal 'meletup' iaitu Piku, Tamasha dan Bajirao Mastani.

Soal jodoh pula, Deepika masih berahsia.

* Vidya Balan

Berusia 38 tahun, Vidya Balan yang dilahirkan pada 1 Januari 1978 memiliki nombor bertuah 1, 8 dan 9.

Aktres ini terus merangkul kejayaan saban tahun kerana mampu membawakan watak berat berkarakter hebat.

Seperti lakonannya dalam filem terdahulu, kemunculannya dalam filem Adhuri Kahani juga mendapat kritikan positif. Ternyata tuah akan terus menyebelahinya pada 2015.

* Ranbir Kapoor

Jejaka kacak yang dilahirkan pada 28 September 1982 ini memiliki nombor bertuah 1, 6 dan 3.

Bhavikk meramalkan yang aktor berusia 33 tahun ini akan berjaya dalam kehidupan peribadi dan juga kerjaya seninya.

Dia yang sedang bercinta dengan Katrina Kaif dikatakan amat serasi untuk hidup bersama. Ini berdasarkan tarikh lahir pelakon jelita itu pada 16 Julai 1983.

Menyentuh kerjaya lakonannya, dua filem lakonannya yang akan dilancarkan tidak lama lagi, Roy dan Jagga Jasoos diramal berjaya, namun lakonannya dalam filem Bombay Velvet akan memberi kejayaan besar kepadanya.

* Katrina Kaif

Memadu cinta dengan aktor Ranbir Kapoor, nombor bertuah Katrina Kaif yang dilahirkan pada 16 Julai 1983 ini ialah 2, 7 dan 8. Selepas kejayaan filem lakonannya, Bang Bang, barisan filem barunya, Jagga Jasoos, Phantom dan Fitoor akan terus menjadi filem 'superhits' yang sekali gus mengekalkan kedudukannya dalam 10 kelompok aktres paling popular di Bollywood.

* Aishwarya Rai

Selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Aishwarya Rai terus berehat panjang kerana dia mahu menjaga anaknya sendiri.

Aktres yang dilahirkan pada 1 No-vember 1973 ini memiliki nombor bertuah 1, 9 dan 5. Peminat sudah tidak sabar untuk menunggu penampilannya semula dalam filem Jazbaa pada 2015.

* Hrithik Roshan

Bekas suami Sussane Khan ini yang berbintang Capricorn dikatakan memiliki nombor bertuah 8 dan 5.

Selepas kisah perceraiannya yang amat mendukacitakannya, Hrithik yang berusia 42 tahun akan memulakan langkah dan perancangan barunya pada 2015 yang tentu sekali akan terus menggegarkan Bollywood.

Meskipun tiada filem barunya yang akan dilancarkan pada 2015, aktor itu tetap meraih perhatian dunia perfileman.

Projek filem terbarunya, Mohenjo Daro hanya akan menemui penonton pada 2016. Dia tentu akan sibuk mempromosikan filem arahan Ashutosh Gowarikar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:00 AM