Deepika Padukone antara aktres bertuah apabila semua filem lakonannya berjaya. Ketika Deepika bergembira dengan pencapaian itu, bekas kekasihnya, Ranbir Kapoor pula kecewa apabila filem Bombay Velvet gagal meraih perhaitan penonton.

“Idea mengadakan parti sempena meraikan kejayaan datang pada saat akhir. Saya ada jemput Ranbir tetapi dia tak datang. Saya turut mengundang produser filem Bombay Velvet, Anurah Kashyap, Madhu Manterna dan Vikas Bahl, mereka datang. Hanya Vikramaditya Motwana tidak dapat turut serta kerana berada di Cannes.

“Saya tidak akan melakukan perkara yang me­nyakiti hati Ranbir. Ketika berjumpa dengannya baru-baru ini, dia ada meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan filem Bombay Velvet. Saya tahu dia sukar menerima perkara itu.

“Saya bersimpati dengan mereka dan tidak adil filem itu dikutuk kerana saya tahu semua yang terbabit menjayakan karya berkenaan sudah berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Deepika yang dikatakan menjalin cinta dengan aktor, Ranveer Singh masih berteka-teki dengan hubungan mereka.

Baru-baru ini, mereka mengeluarkan kenyataan hanya berkawan baik dan tidak bercinta.

“Saya dan Ranveer hanya kawan biasa dan saling menyokong kerjaya masing-masing,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:41 AM