Pada majlis perkahwinan adik Salman Khan yang turut dihadiri ramai aktor dan aktres Bollywood, Katrina Kaif dimalukan bekas kekasihnya itu apabila Salman memanggil Katrina dengan panggilan Katrina Kapoor (merujuk kepada nama kekasih Katrina iaitu Ranbir Kapoor).

Menurut laporan dalam Times of India, ketika lagu Chikni Chameli dimainkan bagi meraikan tetamu dan pengantin baru, Salman merampas pembesar suara daripada pengacara majlis dan memanggil Katrina untuk datang ke pentas.

Kata sumber, apabila panggilannya tidak berjawab dengan selambanya dia menjerit nama Katrina sebagai Katrina Kapoor sambil berkata dia sudah beri peluang kepada Katrina untuk menjadi Katrina Khan namun aktres itu memilih untuk menjadi Katrina Kapoor.

Insiden itu membuatkan wajah Katrina merah padam kerana semua mata memandang ke arahnya.

Nampaknya Salman masih ada hati pada bekas kekasihnya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:01 AM