Syed Faisal (tiga kiri) bersama atlet paralimpik negara (dari kiri) Siti Radiah, Mohamad Ridzuan, Mohamad Ziyad dan Abdul Latif. FOTO BERNAMA
Syed Faisal (tiga kiri) bersama atlet paralimpik negara (dari kiri) Siti Radiah, Mohamad Ridzuan, Mohamad Ziyad dan Abdul Latif. FOTO BERNAMA
Azlan Muhammad Zain


Shah Alam: Empat atlet paralimpik negara yang memenangi pingat di Sukan Paralimpik Rio menerima pakej umrah sumbangan DRB-HICOM Berhad hari ini.

Tiga pemenang pingat emas iaitu Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly menerima pakej umrah bersama dua ahli keluarga.

Manakala pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail menerima pakej umrah bersama seorang ahli keluarga.

Mereka dijangka berangkat ke Makkah pada Januari tahun depan.

"Kami amat kagum dengan pencapaian mereka dan berharap mereka akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik.

"Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan kejayaan ini sumber inspirasi," kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB- HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 7:24 PM