Tony (tengah) bersama jaugh paralimpik negara (dari kanan) Siti Radiah, Abdul Latif, Mohamad Ridzuan dan Ziyad Zolkefli. FOTO BERNAMA
Tony (tengah) bersama jaugh paralimpik negara (dari kanan) Siti Radiah, Abdul Latif, Mohamad Ridzuan dan Ziyad Zolkefli. FOTO BERNAMA
Azlan Muhammad Zain


Sepang: Tiga atlet negara memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio antara diberikan penerbangan percuma seumur hidup oleh AirAsia.

Tiga atlet berkenaan adalah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Ramly mendapat ganjaran istimewa diberikan oleh syarikat penerbangan terbabit.

Manakala pemenang pingat perak menerima untuk tempoh lima tahun serta pemenang pingat gangsa negara Siti Noor Radiah Ismail mendapat tiga tahun seperti pemenang gangsa yang lain.

Menerusi satu majlis berlangsung di Asian Aviation Centre of Excellence (AACE) di Sepang, hari ini, syarikat penerbangan itu turut meraikan pemenang pingat di Rio dari negara Asia Tenggara dengan memberikan ganjaran yang sama.

Sumbangan AirAsia itu membolehkan pemenang pingat di Rio terbang ke lebih 120 destinasi selain turut diberikan kad AirAsia BIG edisi khas yang berwarna emas, perak dan gangsa.

"Sekali lagi atlet Asean mempamerkan persembahan yang membanggakan rantau ini dengan menunjukkan kita mampu menjadi pencabar hebat di peringkat dunia.

"Para atlet ini membuktikan bahawa tiada had dalam keazaman, tiada halangan mencapai impian dah mengatasi semua rintangan dengan tumpuan, keazaman dan ketekunan.

“Mereka adalah inspirasi kepada rantau ini dan dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Seramai 12 pemenang pingat emas, tujuh pingat perak serta 12 pingat gangsa dari negara Asia Tenggara menerima ganjaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 5:27 PM