Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Empat atlet yang memenangi pingat pada Sukan Paralimpik Rio 2016 akan berlepas ke Tanah Suci menunaikan umrah di bawah tajaan DRB-HICOM Berhad, 12 tengah hari ini.

Mereka ialah pemenang pingat emas Mohamad Ridzuan Mohd Fuzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang gangsa, Siti Nor Radiah Ismail bersama keluarga masing-masing menaiki pesawat Arab Saudi ke Jeddah.

Turut berlepas bersama bagi menunaikan ibadat umrah ialah wakil Majlis Sukan Negara (MSN) serta pihak media.

Ketua Bahagian Komunikasi Kumpulan DRB-HICOM, Mahmood Abdul Razak berkata, penajaan umrah itu adalah kali pertama daripada pihaknya untuk atlet paralimpik dalam memberi penghargaan kepada mereka yang mengharumkan nama negara.

"Malah, kita berharap ia memberi suntikan semangat kepada atlet terbabit termasuk yang lain dalam memberi sumbangan kepada negara menerusi bidang sukan diceburi.

"Untuk memenangi pingat emas itu bukan suatu perkara yang mudah jadi, kita berharap tajaan seperti ini akan menjadi pendorong kepada atlet," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 11:05 AM
MOHAMAD Ridzuan ( dua kanan), Muhammad Ziyad (kiri), Abdul Latif (dua kiri) serta Siti Noor Radiah (kanan) bergambar kenangan sebelum berangkat menunaikan umrah. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MOHAMAD Ridzuan ( dua kanan), Muhammad Ziyad (kiri), Abdul Latif (dua kiri) serta Siti Noor Radiah (kanan) bergambar kenangan sebelum berangkat menunaikan umrah. FOTO Mohd Fadli Hamzah