Pemain PKNP FC Mugenthirran Ganesan (dua kanan) melompat tinggi melepasi halangan dua pemain MISC-MIFA final kedua Piala FAM. FOTO NSTP/MUHAIZAN YAHYA.
Pemain PKNP FC Mugenthirran Ganesan (dua kanan) melompat tinggi melepasi halangan dua pemain MISC-MIFA final kedua Piala FAM. FOTO NSTP/MUHAIZAN YAHYA.
Muhammad Apendy

Ipoh: Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bolasepak India Malaysia (MISC-MIFA) menjuarai Piala FAM 2016 dengan menumpaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam final kedua di Stadium Perak, di sini malam ini.

Pasukan bimbingan J Jacob itu menundukkan PKNP FC dengan jaringan 1-2 sekali gus menjuarai saingan menerusi agregat 3-1 hasil kemenangan 1-0 pada final pertama di Stadium Shah Alam, 20 Oktober lalu.

Gol-gol MISC-MIFA dihasilkan oleh A M Yoges pada minit ke-5 dan Muhammad Munawar Shavukath Ali m-67 manakala gol saguhati tuan rumah hasil jaringan Muhamad Mazni Khairul Hasnan m-72.

Sebagai juara pasukan MISC-MIFA menerima hadiah kemenangan RM200,000 serta piala, manakala naib juara menerima RM100,000.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun sudah layak menyertai saingan Liga Perdana 2017.

Final ini dimeriahkan dengan kehadiran hampir 10,000 penyokong kedua-dua pasukan yang memberikan sokongan walaupun keadaan hujan lebat malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 11:01 PM