FOTO tular menunjukkan kawasan dilanda banjir di Arab Saudi, Isnin lalu.
FOTO tular menunjukkan kawasan dilanda banjir di Arab Saudi, Isnin lalu.
Agensi

Riyadh: Tular di media sosial, foto dan video menunjukkan banjir di kilat di wilayah Al-Ula dan Madinah, Isnin lalu.

Menurut laporan The New Arab, banjir di bahagian utara Arab Saudi itu memaksa penutupan jalan raya dan sekolah.

Video tular dikongsikan media sosial yang kemudian disiarkan beberapa portal berita turut menunjukkan hujan lebat berhampiran masjid.

Ini berlaku beberapa hari selepas banjir kilat melanda negara jiran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

The New Arab melaporkan pada November 2022, Jeddah turut dilanda banjir akibat hujan lebat yang menyebabkan dua orang terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 9:05 AM