MAYAT mangsa ditemukan pada jarak 130 meter (m) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru, dekat sini.
MAYAT mangsa ditemukan pada jarak 130 meter (m) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru, dekat sini.
Omar Ahmad


Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki autistik berumur lima tahun ditemukan lemas selepas terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru, dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saifulbahri Safar berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, 5.59 petang semalam.

Katanya, mayat mangsa ditemukan pada jarak 130 meter (m) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh dan pada kedalaman air empat m.

"Mayat mangsa ditemukan pada 11.15 malam tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu katanya, pperasi mencari dan menyelamat dengan kekuatan tujuh anggota bomba ditamatkan 1.20 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 7:33 AM