Dua musuh ketat, Chong Wei (atas) dan Lin Dan bertembung pada empat terakhir Sukan Olimpik Rio.FOTO AP
Dua musuh ketat, Chong Wei (atas) dan Lin Dan bertembung pada empat terakhir Sukan Olimpik Rio.FOTO AP
Oleh Esme Johari Wahab


Kuala Lumpur: Dua pemain terbaik badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan memperbaharui pertembungan mereka pada separuh akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio sebentar lagi.

Pertarungan ini medan terbaik Chong Wei menghidupkan impian meraih pingat emas pertamanya pada temasya berprestij itu.

Beliau kecundang kepada lawannya berusia 32 tahun pada dua final penentuan pingat emas Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Olimpik London.

Chong Wei, 33 berada pada ranking pertama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sementara lawannya dari China itu menghuni kedudukan ketiga.

Rekod pertembungan 25-11 menyebelahi Lin Dan tetapi dalam pertarungan kompetitif, apa saja boleh berlaku.

Ayuh rakyat Malaysia beri sokongan anda kepada Chong Wei untuk memburu pingat emas badminton. Malaysia Boleh!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 6:41 PM