Chong Wei membalas pukulan pemain China Lin Dan pada separuh akhir di Pavilion 4 Riocentro. FOTO NSTP/ROSLI RAHMAT
Chong Wei membalas pukulan pemain China Lin Dan pada separuh akhir di Pavilion 4 Riocentro. FOTO NSTP/ROSLI RAHMAT
Oleh Esme Johari Wahab


Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final selepas menyingkirkan Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 pada pertarungan separuh akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio 2016, hari ini.

Kemenangan itu menebus kehampaannya tewas pada dua edisi final Sukan Olimpik sebelum ini kepada musuh ketat dari China itu.

Chong Wei berkata:” Saya akan cuba yang terbaik pada final. Satu berjuang seperti biasa kerana saya tidak rugi apa apa cuma fokus beri terbaik melawan dia (Lin Dan),” katanya selepas perlawanan memakan masa selama 79 minit itu.

Lawan final Chong Wei pemenang satu lagi separuh akhir antara Chen Long dari China selaku ranking kedua dunia dan pemain Denmark, Viktor Axelsen (ranking keempat dunia).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 8:56 PM