Mohd Badlisham beramah mesra dengan murid sekolah yang memilih pakaian pada Program Membeli-belah Pakaian Hari Raya MAHB di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Badlisham beramah mesra dengan murid sekolah yang memilih pakaian pada Program Membeli-belah Pakaian Hari Raya MAHB di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Tindakan AirAsia Berhad (AirAsia) yang menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kepada Terminal Tambang Murah (LCCT2) adalah satu kesalahan dari segi undang-undang penerbangan.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata, AirAsia tidak boleh menukar nama lapangan terbang terbabit sesuka hati kerana ia tertakluk di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Bagaimanapun terpulang kepada AirAsia untuk menggunakan LCCT2 sebagai salah satu usaha untuk mereka mempromosi tetapi dilarang menggunakannya pada tiket dan kaunter daftar masuk.

"Kami akan tetap menggunakan nama klia2 kerana ia adalah keputusan kerajaan dan mengambil kira pelbagai faktor," katanya ketika ditemui selepas Program Membeli-belah Pakaian Hari Raya MAHB bersama 108 asnaf di pusat beli-belah Alamanda, di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 8:47 PM