AHMAD Zahid (dua kanan) merasmikan ‘KUL VIP Access’. Turut kelihatan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga kanan); Timbalannya, Datuk Ab Aziz Kaprawi (lima kanan); Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (tiga kiri); dan Masir anak Kujat (dua kiri); Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (empat kanan); dan Badlisham (kanan). FOTO Mohd Fadli Hamzah

Syarifah Dayana Syed Bakri

Sepang: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu KUL VIP Access di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, perkhidmatan itu adalah kerjasama MAHB dengan tiga syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines Berhad (MAB), Malindo Air dan AirAsia.

"Buat masa ini, KUL VIP Access ditawarkan untuk penumpang antarabangsa yang tiba di KLIA dan akan berlepas dari lapangan terbang berkenaan.

"Ia meliputi perkhidmatan eksklusif untuk servis limosin, tawaran beli-belah, khidmat iringan selain laluan pintas untuk pendaftaran masuk.

"Malah, lebih banyak perkhidmatan akan ditawarkan pada masa akan datang termasuk rawatan kuku dan urutan," katanya selepas pelancaran yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di KLIA.

Caj yang ditetapkan adalah antara RM200 hingga RM800.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 5:09 PM