TONY bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar selepas pertemuan bersama Liow. FOTO Mohd Fadli Hamzah
TONY bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar selepas pertemuan bersama Liow. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


Putrajaya: AirAsia Berhad (AirAsia) tetap akan menggunakan nama Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dalam kempen untuk mempromosi klia2 sebagai hab penerbangan murah syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya tidak kisah nama lapangan terbang itu sama ada klia2 atau LCCT tetapi mesej utama adalah mempromosi klia2 sebagai hab penerbangan tambang murah.

"Menamakan klia2 sebagai hab bersepadu tidak memberikan apa-apa makna tetapi menjadikan LCCT-klia2 sebagai hab penerbangan tambang murah di Asia memberi makna yang amat dalam.

"Jadi, pertemuan hari ini amat positif dan kami gembira pandangan kami didengari, selain lebih banyak dialog diadakan antara pihak kementerian dan kami," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di pejabatnya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 5:56 PM