LIOW selepas pertemuan bersam Tony di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
LIOW selepas pertemuan bersam Tony di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Nama klia2 tidak akan berubah, tetapi AirAsia Berhad (AirAsia) dibenarkan menjadikan lapangan terbang itu sebagai hab penerbangan tambang murah di rantau ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau sudah mendengar penerangan terperinci daripada Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar di pejabatnya, hari ini.

Katanya, AirAsia menjelaskan cadangan mereka untuk menjadikan klia2 sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau ini yang bertujuan meningkatkan kehadiran jumlah pelancong ke negara ini.

"AirAsia mencadangkan beberapa kaedah untuk penjenamaan semula klia2, malah mereka bersetuju untuk mengekalkan nama klia2 tetapi menjadikannya sebagai hab penerbangan tambang murah.

"Kerajaan sentiasa menyokong AirAsia untuk menjadi syarikat penerbangan tambang murah di dunia, saya tahu niat mereka baik iaitu membawa lebih ramai pelancong ke negara ini, tetapi saya menyatakan dengan jelas, nama terminal tidak akan berubah,"katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Liow berkata, isu penukaran nama terminal itu dari klia2 ke LCCT sudah tidak menjadi isu

dan dianggap selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 6:34 PM