ANTARA susun atur ruang dalamannya.
ANTARA susun atur ruang dalamannya.
TIADA yang menafikan bahawa seni bina Chalet Anzere benar-benar menarik.
TIADA yang menafikan bahawa seni bina Chalet Anzere benar-benar menarik.
LANDSKAP saujana indah di sekitar Chalet Anzere yang menarik perhatian.
LANDSKAP saujana indah di sekitar Chalet Anzere yang menarik perhatian.
Hartini Mohd Nawi


Meneliti seni bina Chalet Anzere, ia sudah tentu membawa mesej perlambangan dekat dengan alam.

Terletak di pergunungan Alps, Switzerland ia tentu binaan unik yang menjanjikan idea arkitektur yang dihubung kait dengan keindahan alam semula jadinya.

Bayangkan bangunan kayu dengan bumbung tinggi bertebar layar, ada ukiran, rasuk kayu terdedah selain binaan balkoni menarik.

Seni bina tradisional itu bertambah menarik ketika tiba musim salji apabila ia diliputi putih salji dengan pemandangan persekitaran yang memukau.

Sudah tentu chalet ini sesuai bagi anda yang gemarkan permainan ski ketika musim itu selain lokasinya juga dalam resort ski.

Keadaan lereng bukit yang curam membuatkan arkitek mencadangkan Chalet Anzere tampil dalam plot binaan sesuai untuk diselarikan dengan bentuk muka bumi di kawasan itu.

Ia diinspirasikan daripada salah satu chalet tertua di Switzerland, Grand Chalet Balthus in Rossiniere.

Lebih menarik bahagian tepi Chalet Anzere yang mempunyai bingkai kaca lebar memberi peluang pemandangan indah di sekelilingnya dapat dinikmati sepanjang masa.

Tidak hanya memberi tumpuan kepada seni bina tradisional semata-mata kerana gaya moden juga turut diselitkan.

Bangunan tiga tingkat dengan rumah tetamu di tingkat bawah, ruang tamu utama pada bahagian tengah.

Sementara apartmen privasi pula berada di tingkat paling atas.

Berada pula dilereng bukit membuatkan dimensi pemandangan berbeza sebaik sesiapa saja berada di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2016 @ 5:00 AM