DARI jauh keunikan seni bina jelas kelihatan.
DARI jauh keunikan seni bina jelas kelihatan.
KEINDAHAN landskap dapat ditinjau dari dalam bangunan.
KEINDAHAN landskap dapat ditinjau dari dalam bangunan.
BANGUNAN ini sering menjadi tuan rumah untuk aktiviti asas kebudayaan dan penyelidikan.
BANGUNAN ini sering menjadi tuan rumah untuk aktiviti asas kebudayaan dan penyelidikan.
 SUASANA malam yang menawarkan keunikan tersendiri.
SUASANA malam yang menawarkan keunikan tersendiri.
PROJEK asas Elisabeth and Helmut Uhl ini dibina sebagai merealisasikan penghargaan sempena pertandingan seni bina antarabangsa.
PROJEK asas Elisabeth and Helmut Uhl ini dibina sebagai merealisasikan penghargaan sempena pertandingan seni bina antarabangsa.
Hartini Mohd Nawi


Projek asas Elisabeth and Helmut Uhl, Itali ini dibina Modostudio sebagai merealisasikan penghargaan dan muncul sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan seni bina antarabangsa pada 2009.

Pertandingan itu membabitkan penyertaan 15 pasukan seni bina termasuk dari Itali, Switzerland, Austria dan Jerman.

Jurinya pula terdiri daripada Prof Thomas Herzog, Prof Andrea Vidotto, Prof Vittorio Magnano Lampugnani dan Prof Hermann Kaufmann.

Tujuan pertandingan itu ialah untuk mereka bentuk bangunan yang dapat menjadi tuan rumah kepada aktiviti kebudayaan dan penyelidikan.

Bangunan itu terletak di perbandaran Laives, berhampiran Bolzano dan lereng gunung yang memberi peluang kepada pengunjungnya menikmati pemandangan panorama landskap menakjubkan.

Malah projek ini juga dilihat antara usaha untuk memelihara alam sekitar dan pembinaan memulihara sejarah bangunan asal yang dirobohkan.

Menariknya ia mengetengahkan idea seni bina yang mengangkat keunikan bangunan tradisional tempatan.

Ia dibahagikan kepada dua iaitu bangunan utama dan bersebelahan dengan bangunan kecil yang digunakan jadikan kediaman.

Binaan bangunan utama membabitkan material pembentukan ruang berasaskan kaca telus pandang dan keluli tahan karat untuk tempat yang menjalankan aktiviti penyelidikan.

Sejumlah material kayu pula digunakan untuk ruang riadah dan ruang makan, sementara ruang sokongan untuk aktiviti asas lain juga dibina selari fungsinya.

Secara tidak langsung bangunan ini menyatakan hubungan antara tradisi setempat dan inovasi teknologi dengan kesinambungan antara ruang yang memudahkan pergerakan serta kegunaannya.

Malah bangunan itu juga direka dengan mengambil kira keselesaan atau melindungi tetamu dari keadaan iklim tertentu, tapi pada masa yang sama membenarkan mereka menikmati pemandangan indah.

Modostudio mengamalkan pelbagai disiplin seni bina, perancangan bandar dan reka bentuk perindustrian.

Ditubuhkan pada akhir 2006 oleh tiga arkitek utama iaitu Fabio Cibinel, Roberto Laurenti dan Giorgio Martocchia.

Malah, pasukan arkitek ini turut menggabungkan teori seni bina, penyelidikan, inovasi dan eksperimen dengan pengetahuan teknikal yang tinggi dan profesional.

Selepas bertahun bekerjasama dengan arkitek yang diiktiraf antarabangsa seperti Massimiliano Fuksas, Piero Sartogo, Erik Van Egeraat dan Kas Oosterhuis, Modostudio dalam masa yang singkat mendapat pengiktirafan dan disenarai pendek dalam pertandingan seni bina antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 7:10 AM