KEISTIMEWAAN Rossiniere jadi ilham Ines De La Fressange menghasilkan koleksi terbaharu.
KEISTIMEWAAN Rossiniere jadi ilham Ines De La Fressange menghasilkan koleksi terbaharu.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Keindahan pemandangan gunung-ganang yang melatari kawasan perkampungan sekitar Rossiniere di Switzerland, sememangnya menggamit perhatian.

Terletak di daerah Tasik Geneva, kawasan itu menyajikan pemandangan padang rumput luas terbentang di lembah gunung.

Keunikan itu sememangnya menjadi igauan selain turut mempengaruhi idea ramai pelukis terkenal seluruh dunia.

Selain itu, Rossiniere juga terkenal dengan Vila Grand Chalet yang bukan sahaja tempat peninggalan budaya bersejarah malah menjadi kediaman terakhir pelukis tersohor, Balthus.

Keistimewaan Rossiniere turut menjadi ilham kepada pereka terkenal Perancis, Ines De La Fressange dalam menghasilkan koleksi terbaharu beliau sempena musim luruh atau sejuk kali ini.

Koleksi hasil kolaborasi bersama peruncit pakaian global, UNIQLO itu menampilkan 44 rekaan fesyen menarik untuk wanita. Untuk musim luruh/ sejuk kali ini, Ines sekali lagi menampilkan koleksi pakaian yang sarat dengan ciri - ciri gaya canggih dan santai.

Namun, pada masa sama, rekaan yang ditampilkan tetap bergaya.

Perkataan 'selesa' paling sesuai untuk menterjemahkan keseluruhan koleksi baharu ini.

Ia bukan sahaja menyerlahkan elemen nostalgia malah penuh kehangatan.

KOLEKSI Ines mampu menghangatkan suasana dingin pada musim luruh, sejuk.
KOLEKSI Ines mampu menghangatkan suasana dingin pada musim luruh, sejuk.

Menerusi pemilihan rona daripada kuning air hingga ke hijau lumut, koleksi yang dihasilkan Ines itu dilihat mampu menghangatkan lagi suasana dingin pada musim luruh atau sejuk kali ini.

Antara rekaan yang boleh dimiliki adalah baju panas, baju berkait tiga dimensi (3D), jaket, jaket labuh, skit, seluar, baju lengan panjang dan banyak lagi.

Ia adalah himpunan fesyen menarik yang dapat menambahkan lagi sentuhan warna dalam kehidupan seharian anda.

Koleksi feayen berkenaan juga sesuai untuk percutian santai di kawasan alam semula jadi pada hujung tahun ini.

Semua 44 rekaan dalam koleksi itu boleh didapati di cawangan UNIQLO Fahrenheit dan gedung dalam taliannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 7:00 AM