GABUNGAN seni bina National Aquarium Denmark yang tidak kurang menariknya.
GABUNGAN seni bina National Aquarium Denmark yang tidak kurang menariknya.
KEPULAN asap membentuk gelungan ‘cincin’ dari Amager Resource Center ini dapat dilihat setiap kali 250 kilogram karbon dioksida dilepaskan ke udara.
KEPULAN asap membentuk gelungan ‘cincin’ dari Amager Resource Center ini dapat dilihat setiap kali 250 kilogram karbon dioksida dilepaskan ke udara.
Hartini Mohd Nawi


Perancangan bandar yang teliti turut memaparkan idea seni bina hebat di Copenhagen, Denmark.

Seni bina danish sejak dulu nyata memperlihatkan zaman kegemilangannya di negara berkenaan.

Arkitek tempatan yang selesa dengan seni bina itu turut mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Henning Larsen dan Bjarke Ingels Group (BIG).

Sekali gus binaan itu muncul antara mercu tanda di Copenhagen itu dan menjadi sebutan di seluruh dunia.

Air, ruang, kemampanan dan cahaya adalah elemen utama dalam ‘ledakan’ seni bina maritim di Copenhagen umpamanya.

Pembangunan itu memperlihatkan kesinambungan binaan baru dan lama yang sarat dengan sejarah tersendiri.

Berikut tiga bangunan bercirikan gabungan seni bina danish dan idea baru yang tidak kurang menariknya di Copenhagen:

Amager Resource Center

Binaan cerun ski dan bukit rekreasi yang hebat pada bahagian atas pusat pengurusan sisa baru.

Ia memperlihatkan seni bina spektakular dan inovatif selain dibuka sepenuhnya pada tahun ini dengan nama Amager Resource Center (ARC).

Bukan sekadar tampil dengan pembaharuan reka bentuknya berbanding binaan lain, malah cerobong gergasi dari bawah yang berfungsi mengeluarkan kepulan asap berbentuk cincin.

Senario itu seolah-olah fantasi dalam filem sains fiksyen Sci-Fi tapi hakikatnya ia adalah ARC.

Gabungan reka bentuk mesra komuniti untuk riadah sambil melihat kepulan asap dan cerun ski baru di depan mata antara penyelesaian terbaru dalam pengendalian sumber bandar dan binaan loji sisa dinantikan.

Malah ARC salah satu langkah ke arah menjadikan Copenhagen sebagai ikon neutral karbon pertama di dunia.

Menariknya kepulan asap dapat dilihat setiap kali 250 kilogram karbon dioksida dilepaskan ke udara.

8TALLET

Ia dikatakan mengikut pelan induk seni bina Orestad yang direka BIG.

Malah ia dianugerahkan pemenang kategori perumahan di Festival Seni Bina Dunia 2011 sebagai komitmen dan kecemerlangan di pelbagai peringkat.

Idea asas 8TALLET memperincikan ruang untuk kegunaan masa lapang, kehidupan berkeluarga dan kemasyarakatan.

Mempunyai 476 rumah yang dibahagikan kepada rumah bandar, pangsapuri biasa dan pangsapuri penthouse dengan taman-taman menarik.

Seni bina moden itu turut memberi penekanan kepada ruang mesra kanak-kanak yang secara tidak langsung memenuhi cita rasa semua pihak.

National Aquarium Denmark, Den Bla Planet

Ia akuarium terbesar di Eropah Utara dan menawarkan pengalaman yang unik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Pengunjung juga bagaikan berada di bawah air dan bepeluang memilih cara tersendiri untuk melihat haiwan eksotik di situ.

Lima bangunan baru yang dibina bagaikan ‘senjata’ kepada pusat akuarium itu.

Uniknya akuarium itu dilengkapi dengan unit kaca berkembar dan penyejukan air laut yang secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan tenaga dalam bangunan serta akuarium.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 2:07 AM