BADLISHAM (kanan) bersama Pengurus Besar Malaysia Airports (Niaga), Zulhikam Ahmad (kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah MAHB, Datin Nik Ruziah Nik Mohd Salleh (dua kanan) ketika melancarkan ERAMAN Shopping Extravaganza. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Syarifah Dayana Syed Bakri

Sepang: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menilai peluang untuk menyertai bidaan bagi mengendalikan lapangan terbang baru di pasaran luar termasuk di Jeddah, Arab Saudi.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, buat masa ini pihaknya dalam proses menyiapkan kertas kerja bagi bidaan dua lapangan terbang sebelum hujung tahun ini.

"Namun, maklumat lanjut berkaitan kedua-dua lapangan terbang ini masih belum boleh didedahkan.

"Usaha meninjau peluang di pasaran luar adalah sebahagian daripada perancangan lima tahun MAHB dan kami sentiasa mencari peluang terbaik di banyak lokasi," katanya selepas pelancaran peraduan Eraman Shopping Extravaganza di sini, semalam.

Menurutnya, antara lokasi yang akan dinilai untuk bidaan adalah lapangan terbang antarabangsa di Jeddah tetapi maklumat mengenainya masih belum boleh didedahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 6:48 PM