MUHYIDDIN bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri), Wan Abdul Aziz (kanan) ketika lawatan ke klia2. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
MUHYIDDIN bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri), Wan Abdul Aziz (kanan) ketika lawatan ke klia2. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Sepang: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa lebih dua jam meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada lawatan pertamanya di lapangan terbang berkenaan di sini, hari ini.

Pada kunjungan itu, Muhyiddin turut menyertai taklimat oleh pengurusan oleh Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) berkaitan pembangunan klia2.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Emporium Pelepasan Antarabangsa ERAMAN yang terletak di Bangunan Satelit, klia2.

Terdahulu, pada majlis sama, Muhyiddin turut menyaksikan penyerahan sumbangan Tabung Bantuan Banjir sebanyak RM10,000 daripada Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Che Latiff.

Sumbangan diserahkan Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah kepada Guru Besar SK Che Latif, Salmah Ismail.

SK Che Latiff adalah sekolah angkat MAHB menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Beyond Borders.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Jabatan Sumber Manusia, Ruzliana Fazlinna Kamarudin turut dirai pada majlis sama apabila beliau dianugerahkan sebagai pemenang ACI-Asia Pacific Young Executive 2015.

Majlis penyerahan anugerah itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 7:15 PM