TERMINAL utama KLIA kendali 58.6 juta penumpang pada 2017.
TERMINAL utama KLIA kendali 58.6 juta penumpang pada 2017.
HM Digital

Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan, tiada perancangan untuk membina terminal ketiga bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam kenyataan dikeluarkan, MAHB berkata, Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali sebenarnya merujuk kepada pengembangan terminal, pengubahsuaian dan peningkatan sistem terminal KLIA yang dirancang dan dijangka dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Tidak ada rancangan segera untuk membina terminal ketiga KLIA seperti yang dinyatakan oleh media.

“Terminal utama KLIA kini mengendalikan 10.7 peratus iaitu 58.6 juta penumpang pada 2017.

“Ini bermakna lapangan terbang secara keseluruhannya masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan trafik yang berkembang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 9:50 AM