ANTARA warga asing yang ditahan. FOTO Ihsan JIM
ANTARA warga asing yang ditahan. FOTO Ihsan JIM
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seramai 30 gelandangan warga asing yang juga pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Op Kutip di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, tengah malam tadi.

Jabatan Imigresen (JIM) dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan operasi itu dijalankan kira-kira 12 tengah malam tadi.

"Lokasi serbuan (TBS) adalah lokasi hotspot (panas) warga asing atau Pati. Operasi itu dijalankan susulan laporan orang awam dan risikan daripada pegawai Bahagian Operasi selama seminggu.

"Hasil serbuan itu, seramai 30 Pati berjaya ditahan atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Menurut JIM, semua Pati yang ditahan terdiri daripada 14 warga Bangladesh, Indonesia (5), India (5), Pakistan (3), Nepal (2) dan seorang Myanmar.

"Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2024 @ 3:45 PM