Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mempunyai peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. 

Berdasarkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, terdapat lebih daripada 900,000 syarikat PKS yang berdaftar dan menyumbang sebanyak 38.3 peratus daripada keluaran negara kasar. 

Walaubagaimanapun, terdapat banyak risiko dan cabaran yang perlu dihadapi mereka seperti bencana alam, inflasi dan peningkatan harga barang. 

Oleh itu, setiap pengusaha PKS disarankan mempunyai pelan kontigensi untuk berdepan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sepanjang perniagaan bagi melindungi perniagaan mereka seperti insurans perlindungan. 

Perlindungan insurans dapat membantu perniagaan dan menyediakan kestabilan kewangan berdepan kejadian yang tidak dingini atau kemalangan. 

Melihat kepada keperluan ini, Tune Protect menyediakan pakej perlindungan insurans komprehensif yang disesuaikan mengikut jenis perniagaan PKS. 

Pakej perlindungan insurans ini ditawarkan sebagai usaha bagi membantu usahawan PKS untuk menyediakan pelan sandaran sekiranya berlaku sesuatu musibah ke atas perniagaan mereka. 

Peniaga boleh mendapatkan perlindungan dengan tiga langkah mudah iaitu, pilih industri perniagaan anda, kemudian pilih kategori perkhidmatan utama dan dapatkan sebut harga secara serta merta. 

Antara industri yang dilindungi insurans Tune Protect adalah sektor perkhidmatan Makanan Dan Minuman (F&B), Peniaga Runcit, Industri Pejabat dan Bangunan, Bilik Pameran dan Bengkel Motor, dan Pemborong dan Pengedaran. 

  1. Insurans perniagaan F&B

Tune Protect menyediakan insurans harta untuk aset fizikal seperti insurans liabiliti am untuk kemalangan di premis perniagaan, insurans gangguan perniagaan untuk kehilangan pendapatan, insurans pampasan pekerja untuk kecederaan pekerja dan insurans rantaian bekalan bagi mengurangkan risiko dalam rantaian bekalan.

  1. Insurans peniaga runcit 

Perlindungan insurans ini membantu peniaga runcit mengurus risiko dan melindungi perniagaan, aset dan pelanggan mereka.

Insurans untuk perniagaan peniaga runcit termasuk insurans liabiliti am untuk melindungi kemalangan dan kecederaan, insurans harta untuk aset fizikal, insurans gangguan perniagaan untuk kehilangan pendapatan semasa musibah, pampasan untuk kecederaan pekerja, insurans liabiliti amalan pekerjaan dan insurans jenayah untuk melindungi daripada kecurian dan penipuan. 

  1. Insurans industri pejabat dan bangunan

Perlindungan insurans ini melindungi aset, mengurangkan risiko liabiliti, dan memastikan kesinambungan operasi untuk industri pejabat dan bangunan.

Insurans untuk industri pejabat dan bangunan termasuk insurans harta untuk bangunan dan kandungan, insurans liabiliti am untuk kemalangan dan kerosakan, insurans liabiliti profesional untuk kesilapan, insurans gangguan perniagaan untuk kehilangan pendapatan, insurans pampasan pekerja untuk kecederaan pekerja, insurans risiko untuk projek pembinaan, insurans kereta komersial untuk kenderaan perniagaan.

  1. Insurans bilik pameran dan bengkel motor

Perlindungan insurans ini membantu melindungi perniagaan, aset, pekerja dan pelanggan bilik pameran dan bengkel motor.

Insurans untuk bilik pameran dan bengkel motor termasuk insurans harta untuk bangunan, kandungan dan inventori, insurans liabiliti am untuk kemalangan dan kerosakan, insurans penjaga garaj untuk kenderaan pelanggan, insurans gangguan perniagaan untuk kehilangan pendapatan, insurans kereta komersial untuk kenderaan perniagaan dan pampasan untuk kecederaan pekerja.

  1. Insurans pemborong dan pengedaran. 

Perlindungan insurans ini membantu melindungi perniagaan borong daripada pelbagai risiko dan memastikan kesinambungan operasi mereka.

Insurans untuk industri borong termasuk insurans harta untuk aset fizikal, insurans liabiliti am untuk kemalangan dan kerosakan, insurans gangguan perniagaan untuk kehilangan pendapatan, insurans kereta komersial untuk kenderaan perniagaan, insurans pampasan pekerja untuk kecederaan pekerja dan insurans jenayah untuk melindungi daripada kecurian dan penipuan. 

Lindungi perniagaan anda!

Tune Protect dilengkapi dengan Laman Mikro PKS  yang mesra pengguna, berfungsi sebagai platform komprehensif untuk pemilik perniagaan kecil mendapatkan penyelesaian insurans yang dipersonalisasikan. 

Selain meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan, Tune Protect turut menawarkan kepada komuniti PKS satu platform untuk berkolaborasi melalui laman mikro. 

Laman mikro ini mempunyai akses maklumat yang mudah, membolehkan PKS untuk membuat keputusan yang tepat. 

Dengan kerjasama bersama rakan-rakan yang menyertai, komuniti PKS dapat membina ekosistem yang berkembang pesat untuk pertumbuhan dan perlindungan perniagaan kecil.

Tune Protect mempunyai komitmen jaminan tawaran segera hanya dalam masa tiga minit, masa tindak balas dalam masa tiga jam, dan pembayaran tuntutan dalam masa tiga hari selepas kelulusan.

Layari laman mikro PKS  Tune Protect di  https://sme.tuneprotect.com/  bagi mendapatkan akses kepada keperluan perlindungan yang diperincikan mengikut jenis perniagaan anda. 

Tune Protect turut menawarkan pakej insurans berasaskan profesion seperti Business Shield dengan 15 peratus rebat premium platform eksklusif. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 11:39 AM