Muhammad Najmir Razaman

Sebagai seorang Muslim, perayaan hari raya Aidilfitri menjadi antara perayaan yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun.

Selain menjadi hari kemenangan setelah sebulan berpuasa, ia juga menjadi waktu istimewa untuk berkumpul bersama keluarga tersayang.

Oleh itu, pelbagai persiapan rapi harus dilakukan agar semuanya tampak meriah dan selesa.

Namun begitu, keletihan yang dialami ketika berpuasa kadangkala membataskan individu daripada melakukan persiapan menyambut hari penuh makna ini.

Jualan Raya Fantastik

Bagi melancarkan persiapan menjelang Aidilfitri, platform beli-belah dalam talian, Lazada melancarkan kempen Jualan Raya Fantastik buat pengguna mereka bermula 24 Mac jam 8 malam hingga 27 Mac 2024.

Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri seperti barang keperluan rumah, baju raya, serta pelbagai barangan lain dengan diskaun sehingga 90 peratus apabila membeli-belah ketika jualan LazFlash dan LazFlash Extra berlangsung.

Selain itu, nikmati juga tawaran Lightning Deals daripada Choice yang mana pembelian gabungan empat atau lebih barangan boleh memberikan lebih banyak penjimatan pada harga yang lebih rendah. 

Menariknya, pengguna baharu yang membeli-belah di Choice juga boleh menikmati subsidi eksklusif sehingga 90 peratus. 

Di samping itu, pengguna turut berpeluang mendapatkan pelbagai produk daripada Choice percuma sepanjang Jualan Raya Fantastik Lazada berlangsung.

Tidak terhenti di situ, pengguna juga boleh menikmati penjimatan berganda apabila menggunakan pelbagai baucar yang diberikan Lazada melalui ganjaran Lazada Bonus.

Pengguna boleh mengumpul dan menggunakan ganjaran Lazada Bonus mereka untuk menikmati diskaun sehingga RM9 bagi setiap RM90 yang dibelanjakan. 

Manfaatkan ganjaran Lazada Bonus dengan menindan Lazada Bonus bersama mekanik lain seperti baucar daripada penjual, LazCoins, LazCash, dan baucar Penghantaran Percuma untuk memaksimumkan penjimatan.

Selain itu, setiap pesanan yang ke-3,240 yang di bebelanjakan sepanjang Jualan Raya Fantastik Lazada akan berpeluang memenangi Hadiah Gempak Fantastik Lazada.

Terdapat hadiah berjumlah lebih daripada RM50,000 untuk dimenangi termasuk produk daripada jenama-jenama seperti 70mai, BOSCH, NeckPro+, Getha, Benefit, dan banyak lagi.

Main dan Menang

Lebih menarik, sepanjang berlangsungnya Jualan Raya Fantastik Lazada, pengguna turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa apabila menyertai aktiviti di aplikasi Lazada.

Antara aktiviti yang terdapat di aplikasi Lazada termasuklah:

  • Ketik dan Menang 

Boleh diakses melalui 'Voucher Centre', aktiviti 'Tap and Win' memberikan pengguna tiga kali peluang setiap hari untuk memenangi baucar dan hadiah yang lain..

Pelanggan juga boleh mendapat peluang tambahan untuk memenangi lebih banyak hadiah apabila berkongsikan permainan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

  • Pertempuran Raya

Pengguna juga boleh bersaing antara pemain lain dalam satu pasukan berlima melalui Win & Share Battle, sebuah pertempuran harian yang membolehkan peserta memenangi LazCash bagi digunakan ketika membuat pembelian.

Selesaikan misi mudah setiap hari untuk mendapatkan mata dan memenangi perlawanan harian dengan menjadi pasukan dengan mata terbanyak! 

Terdapat lebih daripada RM1.5 juta tersedia untuk dimenangi!

  • LazCoins

Dapatkan lebih banyak LazCoins apabila mendaftar masuk (check-in) ke saluran LazCoins dari 23 hingga 27 Mac ini. 

Kemudian, kekalkan prestasi harian untuk mencapai jumlah LazCoins yang paling tinggi dan beli-belah di saluran LazCoins bagi menggandakan penjimatan apabila membeli pelbagai barangan keperluan.

  • Treasure Hunt

Pengguna juga boleh menggunakan LazCoins yang dikumpul untuk menyertai aktiviti Treasure Hunt seterusnya memenangi pelbagai hadiah menarik. 

Gandakan peluang dalam cabutan bertuah apabila membeli-belah di aplikasi Lazada dan pelanggan bertuah bakal memenangi pelbagai barangan seperti telefon pintar, produk kecantikan dan peralatan rumah.

Perubahan polisi

Bagi memberi kemudahan buat pengguna, Lazada juga memperluaskan lagi polisi Change of Mind mereka yang merangkumi rangkaian kategori, penjual dan produk yang lebih luas.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh membatalkan pesanan pada bila-bila masa sebelum membuat pengesahan penghantaran. 

Ia bagi memberikan lebih keyakinan apabila memilih produk dan kedai terbaik dalam memenuhi keperluan harian.

Selain itu, pembelian yang dibuat di LazMall dan Choice kini mempunyai ciri pemulangan yang lebih panjang iaitu sehingga 30 hari berbanding 15 hari sebelumnya.

Jadi, pengguna akan mempunyai lebih banyak masa untuk menilai pembelian dan melakukan pemulangan dengan mudah selepas pesanan berjaya dihantar. 

Beli-belah tanpa bimbang dan nikmati lebih fleksibiliti apabila membeli produk kegemaran daripada jenama antarabangsa dan tempatan yang terkenal di LazMall atau produk berkualiti tinggi yang bernilai tinggi daripada Choice.

Jadikan persiapan Hari Raya Aidilfitri lebih 'fantastik' dengan Jualan Raya Fantastik Lazada.

Muat turun aplikasi Lazada dan tambah ke troli anda sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2024 @ 1:58 PM